Petua VS Pemudi


LAST MINUTE STUDY FOR EXAM

HA?NAK EXAM DH!!!...cepatkan masa berlalu, pejam celik je aku dh final year, tapi..tabiat tak de maknenye final..hahah..study last minute, biaa lah kot bg student..hebatnya student berbanding professor..TAK CAYE?..profesor amek masa bertahun2 nak habis kan baca buku, tapi student sehari je cukup..yelah..dh last minute person kan..LAST MINUTE pon kena ada tips nye..nak tau?..

Bertenang dan jangan cemas
Anda perlu bertenang dan jangan cemas. Tiada faedah yang akan diperolehi sekiranya anda cemas keterlaluan. Belajar disaat akhir juga memerlukan strategi yang betul. Ini kerana masa yang anda terhad. Selepas bertenang buat penilaian apa tindakan yang akan diambil seterusnya. Rancang tindakan akan akan diambil dan disiplinkan diri untuk mengikut perancangan yang dibuat.
Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran
Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.
Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.
Yakin terhadap kebolehan diri
Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan
Masa rehat perlu secukupnya
Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.
Hapuskan tabiat suka tidur
Sebaiknya para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.
Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu. Penumpuan tenaga dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi mudah. Keadaan ini tidak mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang dilakukan.
Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Tetapi ramai pelajar membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini. Akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dan ada yang tidak dapat tidur langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai perkara akan berlaku seperti berasa pening, tidak selesa dan tidak tenteram kerana ketegangan fikiran dan kelesuan tubuh badan. Ini boleh menjejaskan prestasi mereka pada hari peperiksaan. Sekiranya mereka terpaksa menghadapi peperiksaan pada hari itu, mungkin mereka tidak dapat berfikir dengan tenang seterusnya akan menjejaskan ketepatan jawapan yang diberikan
Jangan mengambil sebarang ubat yang meragukan
Pengambilan sebarang ubat mengganggu sistem saraf dan menyebabkan keadaan menjadi tegang dan mudah terangsang. Anda tidak perlu lagi mengambil sebarang pil peransang atau ubat-ubatan yang diragukan kesahihannya untuk mencegah tidur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda hendak mengambil pil-pil sedemikian. Jangan sesekali bertindak sendirian. Ini akan membahayakan anda.
Ubat peransang menyebabkan keletihan yang melampau. Ubat peransang sedemikian mematikan segala perasaan dan keinginan. Melalui ubat-ubat seperti ini, anda mungkin tidak dapat mengesan keletihan yang melampau secara terus. Ubat-ubat ini meransang anda untuk terus belajar tanpa rasa keletihan tetapi kesan yang bakal diterima menjadi lebih buruk setelah habis belajar.
Selain itu, elakkan juga dari meminum minuman berkafein seperti kopi atau teh yang berlebihan. Kesannya sama seperti memakan pil peransang yang menyebabkan kesan-kesan negatif seperti tangan menggeletar, tumpuan terjejas. Dalam keadaan yang tertentu mungkin menyebabkan lupa selain daripada kesan-kesan negatif yang lain. Seeloknya untuk mengawal rasa mengantuk, amalkan meminum lobak susu kerana ia akan mencergaskan lagi otak untuk berfikir.
Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting
Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekuarng-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih

Oh Wanita, Untukmu Wanita

Oh Wanita nie nak citer sikit hal-hal yang ade kaitan dengan wanita, contohnye resepi, petua tips & sebagainya lah...pembuka bicara aku ni tentang 1 petua, iaitu bau badan..tak lah kata pompuan je ade masalah bau badan ni..laki pon ade gak..tapi aku nak citer lah pasal boleh di katakan kawan gak lah kan..perangai dh lah hodoh, suka menipu nak tarik perhatian org dgn omong-omong palsunye..Tapi masalah paling besar bagi dia yang aku tgk ialah bau badan..HemPeh!!!, mana tak roomate lari...hehhehe..boleh pengsan 44kali bila bau..jadi aku ade lah search sikit pasal bau badan ni, cam ne nak hilangkan..

1. Anda ambil timun (mengikut anggaran) dan kisar. Sebab anda perlukan "jus" nya.

- Kemudian, lumurkan jus timun tadi ke seluruh badan anda. Terutamanya pada bahagian ketiak.
- Biarkannya serap ke tubuh anda dalam beberapa minit sebelum membersihkannya atau mandi.
- Lakukan cara ini setiap 2 minggu sekali sampailah anda merasai hasilnya.
- Jika anda mengamalkan secara berterusan, ia bukan saja mampu menghilangkan bau badan. Malah dapat menyegarkan badan dan mengelakkan daripada terkena penyakit kulit.

2. makan je kulit buah limau nipis..memang pahit, tapi pahit-pahit lah ubatkan



TIPS NAK WAT RESUME..

Dh nak jadi graduan kan..mesti nak cari kerja..tapi senang ke nak cari keje?kalo nak keje kat pasar malam bole lah kot senang..tapi penat layan karenah manusia yang macam2 ragam..hmmmm, jdi nak keje elok2 mesti lah ada preparation..jdi aku nak kongsi sikit je..(nanti tambah lah lagi..karang kata aku kedekot plak)heheh

Apakah kriteria resume yang efektif?
Resume yang efektif mestilah memberikan tanggapan pertama (first impression) yang baik kepada pembacanya. Samada resume Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, jika penulisan resume anda dipenuhi kesalahan ejaan yang ketara manakala kertas yang digunakan pula nampak terperonyok dan comot, tak payah susah - susah tunggu panggilan temuduga. Anggaplah anda telah tewas sebelum perjuangan kerjaya anda bermula.
Ada pulak sebahagian golongan yang terus print resume dari Jobstreet. Senang cerita, katanya. Memanglah senang. Lagi senang untuk future employer menilai diri anda - 'jenis tak tau berusaha'. Dan lagi senang untuk resume anda menjadi 'halimunan' di balik timbunan resume yang lain. Segelintir pandang je, hilang mood nak baca. Nothing interesting or catchy. Jadi, tolonglah... elakkan sama sekali ye?
Of course, isi kandungan resume adalah yang paling penting sekali. Maklumat di dalam resume anda mestilah tersusun, mudah dibaca dan results-oriented. Bagaimanakah cara membuat resume yang sebegitu? Sila lihat panduan contoh resume dan format resume.
Resume yang efektif menawarkan yang berikut:
  • Memenuhi keperluan majikan. Majikan biasanya akan mengambil pekerja yang memenuhi kriteria tertentu yang diperlukan untuk jawatan tersebut. Resume anda mestilah menggambarkan bahawa andalah orang yang paling layak.
  • Mempamirkan anda sebagai aset. Menekankan pencapaian anda di bidang yang berkaitan dan menunjukkan bahawa anda adalah adalah prospek terbaik dengan kebolehan yang ada pada anda. Membekalkan data yang membuktikan anda telah menjalankan tanggungjawab yang lepas dengan jayanya dan telah menyumbang secara konsisten kepada perkembangan syarikat.
  • Data yang terang yang jelas. Ingat! Majikan biasanya akan menerima ratusan permohonan untuk jawatan kosong setiap hari. Semasa proses menyaring resume - resume tersebut, purata masa yang diambil untuk untuk membaca satu resume adalah 15 saat atau kurang. Jadi, pastikan maklumat dalam resume anda adalah terang, jelas dan mudah dibaca.
  • Menyiapkan anda untuk proses temuduga. Kandungan resume yang baik akan membantu anda untuk fokus kepada pencapaian serta kerjaya impian anda. Ia juga menolong pemprosesan data minda untuk menjawab soalan - soalan yang mungkin dikemukakan semasa temuduga. Apabila anda mengenali diri anda sendiri (dari segi apa yang telah capai setakat ini dan apa yang anda boleh sumbangkan di tempat baru), anda akan lebih yakin untuk mengharungi temuduga













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...